Tuesday, December 6, 2011

KEMEROSOTAN KESULTANAN MELAKA

Kemerosotan Kesultanan Melaka

Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ialah:

1. Kelemahan Pemimpin
- Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
- Tun Perpatih Putih - tua dan uzur.
- Sultan Mahmud Shah - kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
- Sultan Ahmad Shah - lemah dan tidak cekap

 
2. Perebutan Kuasa
- Berlaku dalam kalangan pembesar
- Melantik saudara-mara sendiri sebagai pembesar-menimbulkan 

  ketidakpuashatian
- Fitnah terhadap Tun Mutahir


3. Kelemahan Askar Melaka
- Askar Melaka hanya menggunakan tombak, keris, dan sumpit  

  manakala Portugis  menggunakan meriam dan senapang.
- Tentera Portugis mendapat bantuan tentera Portugis di Goa, India.



4. Rakyat Tidak Setia.
- Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun     Mutahir.
- Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai  Melaka.
- Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada  Portugis.. 


 LATIHAN OBJEKTIF:  

1.Siapakah Bendahara Melaka yang mengganti tempat Tun Perak setelah kematian Bendahara Melaka tersebut?

A. Tun Perpatih Putih
B. Tun Putih
C. Tun Mutahir
D. Tun Perpatih

A. Jawa
B. Bentan
C. Muar
D. Pahang



Friday, December 2, 2011

KEGEMILANGAN MELAKA

ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA



PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

-Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang
  kemas dan tersusun.
-Setiap pembesar mempunyai tugas dan
  tanggungjawab masing- masing.





 

Jawab soalan-soalan di bawah:

1. Siapakah pembesar Melaka yang peranannya
    sama seperti  Perdana Menteri pada masa  kini?
2. Siapakah yang bertugas menyelaras kewangan
    negara?
3. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga
    kebajikan para pedagang di Melaka?




Wednesday, November 30, 2011

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASASAN  MELAKA

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

-Para sejarawan bersetuju bahawa pengasa Kesultanan Melayu Melaka iaiah Parameswara. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.







ASAL USUL NAMA MELAKA

Berasal daripada Nama Pokok


Menurut Sejarah Melayu, semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.
Oleh itu, Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka sempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.



                                                                  Pelanduk

Tahukah anda? 


1. Siapakah  Parameswara?
2. Ceritakan asal usul nama Melaka.




Sunday, November 27, 2011

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN MONSUN TROPIKA THAILAND)


Kawasan Monsun Tropika (Thailand) 

Tumbuh-tumbuhan semula jadi
  • Hutan monsun tropika tumbuh dengan banyak di Thailand kecuali di selatan Thailand.
  • Pokok-pokoknya sederhana padat menyebabkan tumbuhan lantainya padat.
  • Tumbuhan lantainya padat kerana cahaya matahari dapat sampai ke lantai hutan.
  • Pokok-pokoknya tinggi, iaitu 20 meter hingga 50 meter .
  • Menggugurkan daunnya pada musim kemarau, iaitu di antara bulan November hingga Mac.
  • Terdapat pelbagai jenis tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tumbuh secara dirian tulen.
  • Tumbuh-tumbuhan utama termasuk jati, pyinkado, cendana, pedauk, sal, inkanyin, yang dan mahogani.
  • Contoh tumbuh-tumbuhan lantai hutan termasuklah paku-pakis, semak-samun, herba, buluh dan tumbuhan menjalar.
  • Kayu jati merupaka kayu keras yang paling berharga.
  • Thailand merupakan pengeluar kayu jati yang utama di dunia.


Image Detail

                                                                  POKOK JATI


 3.Hudupan liar
  • Hutan monsun tropika adalah habitat bagi kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung, 100 spesies amfibia dan 150 spesies reptilia.
  • Antara contoh hidupan liar ialah cerpelai, gajah, harimau, musang, anjing liar, ular dan badak sumbu.
  • Burung-burung yang hidup seperti burung murai, burung belatuk dan burung nuri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj10ohr3zecf9QgDR-VViH4flcieGfg6j3YK7t2L_8q-tUTzOnaAHTkdWdAW0YPbx70oNrbNH4HsCIAug7GgCksisTOad6cFVRHA5E6be-3vAVkV9xiJDTLrXYxpfiGJWkdoZ8q5mXux14T/s1600/geo+p1.jpg

                                                                      
burung belantuk
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9t0T2pdc87TBkYZ8kwJofkwyz4EQ5ouZQ56Iqw4rwqxwUu8D-xrIdOJ8Qqk482fE68MMWUsVixHoVbCnWmAbOgHBc5kLnGZjrmr7fhEp0IyuhIorlNBk1d8cT_2LPR3neOJDxPHCjRNJT/s1600/geo+p2.jpg

                                                                              
Bangau
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgRK89yoEmnMBAbEnlJEb_k0BaCP844tDRhG_EOdWVqH9Sm-4sF6pkY1noH-tuXg5sDhPs4DFOczu1utcgQy2wel-688ArCG9HNb2ats-nR6FokwSe59sYlY29Xgkwb389b7_CX8ZR6oMk/s1600/geo+p3.jpg

                                                                             
Ular tedung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNoKbAQhUXYfAqkFuW5w7r6bp1M4efJxy4Giid3HPOq7V_T0EWy5jk5peFmYoxWkvSKkGgDX7U49xZVeXcb4FlqzBZMugpgjL_pWHcfVcQ0RjhIGKuOdcQvUDZJ3NCta5SdkUNS7015W1W/s1600/geo+p4.jpg
                                                                           GAJAH
 


 


-Gambar di atas merujukkan beberapa jenis hidupan liar di hutan monsun tropika Thailand.



 Jawab saolan -soalan yang berikut:


1.Nyatakan dua jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan monsun tropika.


  i._______________________       ii.______________________


2.Beruang kutub dan harimau siberia hidup di kawasan___________________________.


3._______________ mempunyai ciri-ciri tertentu untuk penyesuaian dengan kawasan panas.


Saturday, November 26, 2011

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN TUNDRA(SIBERIA)




 KAWASAN TUNDRA(SIBERIA)  




[image16.jpg]
[image17.jpg]
[image15.jpg]



 Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Tundra
  • Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan iklim yang melampau.
  • Jangka hayat tumbuhan adalah pendek dan tumbuh pada musim panas sahaja.
  • Tumbuhan jenis renek dan tumbuh rapat antara satu sama lain untuk menahan tiupan angin yang kencang.
  • Mempunyai daun yang halus untuk mencegah perpeluhan yang berlebihan.
  • Menpunyai akar yang pendek.
  • Contoh tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan tundra ialah seperti lumut, liken, rusiga, kulampair, pokok renek seperti aspen, willow, birch , pokok daun tirus dan bantut seperti pokok larch, pain, fir, saprus dan rumput pendek.  

 HIDUPAN LIAR DI KAWASAN TUNDRA(SIBERIA)

Kawasan Tundra kurang didiami hidupan liar. Antara beberapa jenis hidupan liar di kawasan ini termasuklah rusa salji, karibu, harimau siberia, burung hantu snowy, serigala artik, elk, muskoxen, wolverine,arnab artik, burung polar, tupai tanah, hamster, marmut, lynx dan walrus.
Hidupan seperti beruang kutub, harimau siberia, walrus, karibu, elk, muskoxen dan raindeer mempunyai lapisan lemak, kulit dan bulu yang tebal. Keadaan ini dapat memerangkap udara dan menghalang kehilangan haba dari badan.



Jawab saolan-soalan di bawah:


1. Nyatakan tiga jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di kawasan Tundra.

   i._________________________

  ii._________________________

 iii._________________________

2. Mengapakah hidupan di kawasan Tundra mempunyai lapisan lemak,kulit dan bulu yang tebal?

    ____________________________________________________________________

Friday, November 25, 2011

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DIKAWASAN MEDITERRANEAN(TURKI)



  KAWASAN MEDITERRANEAN (TURKI)

Tumbuhan Mediterranean di Turki
Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berbonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah. 

Image Detail
                                                               POKOK OAK

Hidupan Liar di kawasan Mediterranean
Hidupan liar terdiri daripada rusa(Fallow deer dan roe deer), kambing liar,kambing gurun liar,gazelle dan burung-burung. Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan iklim.  

Image Detail


                                                                FALLOW DEER


Monday, November 21, 2011

JENIS TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN ZON IKLIM DUNIA



A. KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)



Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)

  • Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang panjang.
  • Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah.
  • Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan.
  • Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan.
  • Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun ini mempunyai sedikit tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
  • Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun sahara ini ialah seperti semak samun berduri, samun Creosoe, rumput esparto, kaktus prickly pear, pokok kurma, lidah buaya, dan pokok-pokok akasia bantut 
 
 HIDUPAN LIAR DI KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)

Gurun Sahara juga mempunyai pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta, musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu badan.