Monday, November 21, 2011

JENIS TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN ZON IKLIM DUNIA



A. KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)



Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)

  • Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang panjang.
  • Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah.
  • Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan.
  • Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan.
  • Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun ini mempunyai sedikit tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
  • Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun sahara ini ialah seperti semak samun berduri, samun Creosoe, rumput esparto, kaktus prickly pear, pokok kurma, lidah buaya, dan pokok-pokok akasia bantut 
 
 HIDUPAN LIAR DI KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)

Gurun Sahara juga mempunyai pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta, musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu badan.