Friday, November 25, 2011

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DIKAWASAN MEDITERRANEAN(TURKI)



  KAWASAN MEDITERRANEAN (TURKI)

Tumbuhan Mediterranean di Turki
Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berbonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah. 

Image Detail
                                                               POKOK OAK

Hidupan Liar di kawasan Mediterranean
Hidupan liar terdiri daripada rusa(Fallow deer dan roe deer), kambing liar,kambing gurun liar,gazelle dan burung-burung. Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan iklim.  

Image Detail


                                                                FALLOW DEER


No comments:

Post a Comment