Kelip-Kelip Kg. Kuantan
Kampung
Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak
hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban
Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah
satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan
kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha
tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan
ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah
berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang
disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip Kelip dan Pohon Berembang
Kelip-kelip
adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx
tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan.
Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang
mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik
lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah
serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam
ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.
Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan
cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik
perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2
hingga 3 bulan.
Pokok
Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang
tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang
lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada
Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok
Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis
kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang
terdapat di dalam sungai.
Kampung Kuantan
Kampung
Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh
pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira
56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.
Kampung
yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan
suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh
daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran,
terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit
Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai
pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk
persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah
padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis
yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian
makanan lautnya yang lazat.
Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan
Perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit.
Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan
dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di
persekitaran Kuala Selangor.
Perkhidmatan teksi juga ada
disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar
RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa
tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke
Kampung Kuantan.
Kemudahan Awam
Pihak
pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta
secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga
taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama
anak-anak.Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh
memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan
Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan
pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.
Tempahan & Pertanyaan
Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Kadar Bayaran
Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)
RM 40
|
No comments:
Post a Comment