Friday, November 25, 2011

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DIKAWASAN MEDITERRANEAN(TURKI)



  KAWASAN MEDITERRANEAN (TURKI)

Tumbuhan Mediterranean di Turki
Kawasan mediterranean Turki merupakan kawasan yang terletak bertentangan dengan laut mediterranean. Kawasan ini mengalami musim panas dengan suhunya antara 21 celcius - 24 celcius.Pada musim panas,angin kering dan berdebu bertiup dari gurun sahara. Musim sejuknya sederhana dan lembap dengan suhu 10 celcius - 14 celcius. Hujan maksimum turun dalam musim sejuk dan jumlah hujan tahunan lebih kurang 800mm. Hutan mediterranean jenis malar hijau,iaitu menghijau sepanjang tahun. Hutan mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang dan kering. Pokok -pokok mempunyai batang beser,berbonggol, daun berlilin dan berbulu untuk mengurangkan kehilangan air pada musim panas yang kering. Pokoknya berakar panjang bagi mencari sumbar air jauh ke dalam tanah. 

Image Detail
                                                               POKOK OAK

Hidupan Liar di kawasan Mediterranean
Hidupan liar terdiri daripada rusa(Fallow deer dan roe deer), kambing liar,kambing gurun liar,gazelle dan burung-burung. Hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan iklim.  

Image Detail


                                                                FALLOW DEER


Monday, November 21, 2011

JENIS TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN ZON IKLIM DUNIA



A. KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)



Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Panas (Sahara)

  • Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang panjang.
  • Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah.
  • Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan.
  • Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan.
  • Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun ini mempunyai sedikit tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
  • Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan gurun sahara ini ialah seperti semak samun berduri, samun Creosoe, rumput esparto, kaktus prickly pear, pokok kurma, lidah buaya, dan pokok-pokok akasia bantut 
 
 HIDUPAN LIAR DI KAWASAN GURUN PANAS(SAHARA)

Gurun Sahara juga mempunyai pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta, musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu badan.


Thursday, November 10, 2011

ZON-ZON IKLIM DUNIA

  
Zon iklim dunia terdiri daripada Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sederhana Sejuk dan Zon Sejuk. Ciri-ciri bagi kawasan zon iklim tersebut ialah :

1. Zon Panas
  • Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius.
  • Hujan tahunan kurang daripada 250 mm.
  • Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama.

 2. Zon Sederhana Panas
  • Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas.
  • Suhu antara 21-24 darjah celcius.
  • musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius.
  • Hujan tahunan 600-800 mm.
  • Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah.
進入全尺寸圖片

 3. Zon Sederhana Sejuk
  • Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius.
  • Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius.
  • Hujan turun dalam bentuk salji.
  • kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Bunga)
  • Contoh Kawasan : Canada dan Utara China.


 4.Zon sejuk
  • Sejuk sepanjang tahun.
  • Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja.
  • Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius.
  • Hujan turun dalam bentuk salji.
  • Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.

進入全尺寸圖片

Jawab soalan-soalan di bawah:

1. Zon Sederhana Sejuk mengalami 4 musim iaitu:
   i.__________________________
  ii.__________________________
 iii.__________________________
 iv.__________________________

2. Zon iklim dunia terdiri daripada:
   i.__________________________
  ii.__________________________
 iii.__________________________
 iv.__________________________




Tuesday, November 8, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SELANGOR

KUALA  SELANGOR
                 
                      SUNGAI  SELANGOR                                  HELANG HELANG DI LANGIT                                                                                                    KUALA   SELANGOR



Pengenalan

Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.

Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.






















                                                        BUKIT MALAWATI




                                    HELANG DI PINGGIR  SUNGAI SELANGOR



                                       KELIP-KELIP DI KAMPUNG KUANTAN








Tuesday, October 25, 2011

BENTUK MUKA BUMI DI PINGGIR LAUT

Bentuk Muka Bumi DI Pinggir Laut

Pembentukan bentuk muka bumi fizikal di kawasan pinggir laut dikaitkan dengan proses hakisan dan pemendapan ombak.

Pantai


- terbentuk hasil pemendapan di pinggir laut
- ia merupakan kawasan berpasir dan berbatu-batu
- ia terletak berhampiran laut
- ia terbentuk akibat ombak
- contoh: Pantai Port Dickson

Teluk

- pinggir laut yang melengkung ke daratan dan terlindung daripada tiupan
   angin kencang
- ia terbentuk disebabkan hakisan ombak ke atas batu
- contoh: Teluk Ramunia( Johor)


Tebing tinggi
- daratan yang menghadap laut yang bercerun curam dan tinggi
- ia biasanya didapati di pinggir laut yang berbatu keras
Tanjung
- ia merupakan bahagian pantai yang terbentuk daripada batu-batan keras yang tahan dihakis ombak
- ia adalah bahagian pantai yang menganjur ke laut
-contoh: Tanjung Dawai (Johor)



Friday, October 14, 2011

NILAI-NILAI MURNI DALAM MATAPELAJARAN KAJIAN TEMPATAN



Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita sebagai seorang guru mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, harmonis dan seimbang. Oleh itu, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan ke dalam semua matapelajaran yang diajar termasuk Kajian Tempatan. 


Antara nilai-nilai moral tersebut ialah seperti berikut:
  • Kebersihan fizikal
  • Baik hati
  • Keserdeharnaan
  • Kerajinan
  • Kesyukuran
  • Kejujuran
  • Keadilan
  • Kasih sayang
  • Hormat-menghormati
  • Semangat bermasyarakat
  • Hemah tinggi
  • Kebebasan
  • Keberanian
  • Berdikari
  • Kerjasama
  • Rasional